Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, October 25, 2013

Kepak Ayam madu..

Assalamualaikum...

Salam pagi jumaat yang indah.. :) hari ni nak cakap banyak tapi modal takde.. malam semalam aku boleh citer kat sini.. yang fiyya sangat lah meragam.. tak nak tido asyik nak nyot nyot je tak henti2 sampai kul 3 pagi.. bila aku tarik pelan2.. fiyya nangis.. bila aku kasi balik dia nyot nyot.. dia ok.. so takkan nak nyot nyot whole night kan.. buleh pengsan aku kat tempat keje kalau asyik camtu.. aku kalau time fiyya nyot nyot je sure aku terjaga and akan tido sampai habis fiyya nyot  nyot tu.. sebab aku tak sampai hati nak biar kan fiyya sorang2 sampai aku pastikan dia tido nyenyak.. 

Lepas pada tu aku dah tak tahan dolat.. terpaksa aku mintak dilepaskan juga... akhirnya fiyya meraung tengah2 pagi buta tu.. sebab tak dapat nak nyot nyot.. sempat gak aku bebelkan kat mr mama.. nak kasi puting je kat fiyya sebab fiyya ni jenis nak sumbat je mulutnya dengan tutttttt aku kalau nampak aku je.. hmmmm memang aku tak boleh  buat apa pun kalau fiyya nampak aku... even aku tengah mandi pun kena bukak pintu sebab fiyya dok depan pintu bilik air tengok aku mandi.. hmmm sampai camtu skali tau.. kadang2 bukan aku rasa rimas.. cuma aku fikir kalau aku kat tempat keje buleh pulak fiyya dok dendiam kan.. tak lah meraung atau pun cari aku je.. cuma dia tak boleh nampak batang idung aku ni je depan dia.. terus la sua tangan nak datang tak dan dan dah tu.. 

Selepas urut minyak angin kat perut dan belakang fiyya.. sampai ke tapak kaki fiyya.. lepas tu fiyya muntah.. kira 3 kali aku tukar baju aku.. (bukan fiyya) sebab fiyya muntah sembur terus atas baju aku.. lepas tu aku pelok je fiyya tak bagi dah dia tutttt aku tu dia nak gayut.. sbb mungkin terlalu banyak dia minum sampai masuk angin kembong.. entah ler juga.. dalam kiraan aku fiyya sangattttlahhhh jarang jarang sekali menangis kuat tengah malam.. kecuali kalau dia tak sihat.. ok lah.. lepas tu tido la weOls anak beranak start kul 4am tu sampai subuh.. fiyya bangun tido kul 7.30am.. sempat lah mandikan dia sebelum ke rumah BS.. dah la bau muntah bagai kan.. takkan nak angkat gitu je... bangun paginya fiyya ceria cam takde apa2 pun.. berseri2 mata bulat dia dok mengagah aku.. 



Kepak Ayam madu.. aku wat ketika kakngah datang umah hari sabtu lepas.. ini untuk dinner weOls.. aku gaulkan madu, kicap pekat, garam dan jintan manis.. perap selama 30 minit dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 25 minit.. :) 



Ok lah.. hari ni dah jumaat.. sok lusa dah cuti.. selamat bercuti pada yang bercuti yer.. :) aku nak bergolek ngan fiyya dan anak2 sekalian kat rumah je.. takde planning nak ke mana2 mahu pun nak buat apa2.. kecuali dok umah bergolek dan golek jadi peguin golek.. hahahahaha

Ok. bai..