Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Monday, November 21, 2011

Cream Puff Custard



Cream Puff Custard...
Bahan2nya (untuk 50 biji)

250gm tepung gandum + 3 sudu kecil baking powder
200gm butter
500ml air
1 sudu gula
6 biji telur

Bahan2 untuk filling
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung berkrim dlm tin
3 sudu tepung custard
5 sudu besar gula


Cara2nya:-

1-   Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai menidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. biarkan sejuk.

2-   Pukul telur satu persatu dalam adunan dengan menggunakan mixer.

3-   Masukkan adunan sedikit2 dalam piping bag, dan pipekan ke atas dulang pembakar. guna lah nozzle berbetuk bintang atau kesukaan sendiri.

4-   Spray doh utk membantu adunan menjadi tinggi, dan bakar dalam oven hingga permukaan puff menjadi perang dengan menggunakan api 180 - 190 darjah selama 25 minit.

5-  Guntingkan sedikit bahagian tengah2 puff untuk meletakkan inti..


Filling>>

1-   Kacau tepung custard dengan air, masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula, kacau hingga naik wap.

2-   Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar sehingga masak. biarkan sejuk dan masukkan inti ini ke dalam cream puff.


SELAMAT MENCUBA.. :)


Cream Custard puff tu aku wat malam tadi.. pagi ni makan untuk breakfast.. boleh la kan tinggal kat anak2 sebab diorang pun dah cuti sekolah.. so dok rumah seharian mesti ada2 je benda nak makan.. kan kan... pagi tadi asben pun makan puff sebagai breakfast, sambil minum air teh O panas yang aku bancuhkan pepagi tadi..